Menjelang hari pertama bulan jun ini, fikiran mula memuncak memikirkan tiket final dan persiapan Bukit Jalil nanti. Cuti
sudah di pohon sejak minggu lalu masih belum di ketahui di luluskan atau tidak pada hari ahad 12 jun nanti atau mengharapkan kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa pada malam sabtu itu nanti.
Sorakan dan kegembiraan meraikan kemenangan pada final Piala Malaysia tahun lalu masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Tidak sabar rasanya melihat gelagat penyokong Kelantan yang fanatik dan kreatif dalam menghasilkan contengan muka, cetakan pemidang gergasi, baju khas dan sebagainya, yang kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan dikir barat.
Tahun ini kemeriahan mungkin terasa apabila kedua-dua penyokong ini akan bertembung di laluan yang sama di lebuhraya Karak lagi. Sekitar Genting Sempah lagi pasti akan diserikan warna merah putih dan hitam putih. Riuh rendah bunyi telor percakapan mengikut loghat negeri pasti akan memecah kesunyian sekitar Genting Sempah lagi sebelum dari satu teriakan menjadi gema yang besar di Bukit Jalil nanti.
Melihat kejayaan Barcelona meraikan Piala Juara-juara Eropah pada hujung minggu lalu menimbulkan semangat yang membara di jiwa untuk melihat The Red Warriors merangkul piala berganda pada musim ini atau sekurang-kurangnya mengikuti jejak langkah Manchester United menjuarai Liga Premier Inggeris (EPL). Tidak mustahil bagi seluruh penyokong Kelantan memasang niat mahupun impian ini sekarang. Apa yang pasti sokongan padu serta doa amat diperlukan oleh para pemain The Red Warriors.
Pertemuan Kelantan menentang Terengganu ibarat "Buku bertemu ruas", kedua-dua pasukan ini bernasib baik kerana ada perlawanan Liga Super 6 jun
(pra-final Piala FA) nanti yang boleh dijadikan penentu dan persediaan strategi sebelum perlawanan timbal balik 11 jun di Bukit Jalil. Keputusan perlawanan 6 jun juga peluang kedua-dua pasukan mengintai kejuaraan liga 2011.
Para peminat turut berasa lega walaupun sedikit terkilan kerana Farisham Ismail tidak lagi berada dalam senarai pemain kebangsaan bersama Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu. Kini Farisham boleh memberi fokus 100% untuk mengekang kemaraan penggempur utama Terengganu bagi kedua-dua perlawanan. Peminat yakin jika Farisham berjaya merangkul piala bersama Kelantan, tidak mustahil dia akan dipanggil lagi untuk menyertai skuad kebangsaan kerana Farisham sememangnya layak menyarung jersi kebangsaan bagi seluruh peminat Kelantan.
Dalam melakukan persiapan ke final ini, eloklah kiranya seluruh kelab-kelab penyokong Kelantan saling menasihati antara satu sama lain mengenai peraturan yang sering dilakukan oleh penyokong Kelantan seperti melarang membakar mercun, jangan membaling objek ke padang, jangan membawa bendera politik, jangan melayan provokasi penyokong lawan, mengelakkan sebarang insiden keganasan dan sebagainya. Perkara bukan sahaja mengundang denda kepada KAFA malah turut memburukkan imej penyokong Kelantan yang lain dan kebiasaannya media akan melebih-lebih isu apabila melibatkan penyokong Kelantan.
Sama-sama kita doakan kemenangan dan semoga semua pemain sentiasa dilindungi kesihatan fizikal dan mental. Doa yang tulus ikhlas dari hati akan lebih bermakna jika ianya datang dari solat.....Gomo agama dulu...baru bola ada keberkatan....Gomo Kelate Gomo..
pakat gomo sek kito..
ReplyDelete